
KUALA TERENGGANU - Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) adalah sebuah pertubuhan yang menjalankan aktiviti amal, bertujuan memberi sumbangan ke arah peningkatan taraf sosio ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat negeri ini khususnya serta rakyat Malaysia amnya. Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato\' Haji Mohd Fazdli bin Yusof berkata, antara aktiviti amal yang dilakukan YDSM merangkumi beberapa aspek seperti pendidikan, warisan seni, sastera,kebudayaan dan banyak lagi.
Sepanjang penubuhan YDSM, pelbagai projek dilaksanakan seperti menghidupkan seni kraf warisan Terengganu iaitu songket, pemberian komputer komputer pada sekolah terpilih dan beberapa buah projek lain, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemyampaian komputer sumbangan YDSM di Dewan Al Arif Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tunggal, semalam. Pada Majlis itu, sebanyak lapan buah unit komputer disumbangkan kepada empat buah sekolah terpilih iaitu SMK Bukit tunggal. SMk Bukit Guntung, Sk Tok Jiring dan SK Mengabanag Telipot.
YDSM memilih sekolah-sekolah berkenaan kerana sekolah itu banyak membantu pihak Yayasan dalam mengagihkan wang zakat. Beliau berkata, YDSM amat menitik beratkan aktiviti amal dalam bidang pendidikan negeri.
Sebagai contoh, pada tahun 2006, YDSM melanggan surat khabar The New Strait Times bagi projek\' Akhbar Dalam Darjah\' sebagai usaha meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris. Akhbar berkenaan juga dibekalkan ke beberapa buah sekolah terpilih,\" katanya.\" Kami mahu pelajar berkomunikasi dalam bahasa itu kerana banyak bidang pekerjaan amat memerlukan kemahiran berbahasa Inggeris,\" katanya. |