|
|
Projek membotolkan madu lebah ini telah dirancang bagi membantu para pemungut madu lebah di sekitar kawasan Merchang dan Daerah Marang agar dapat memasarkan produk hasil kutipan madu lebah dengan lebih efisien dan memenuhi permintaan pengguna. Selama ini para pengutip madu lebah ini telah memasarkan produk mereka secara tradisi dan produk mereka dipasarkan di tepi jalan raya di sekitar kawasan ini.
Pihak YDSM telah mengambil inisiatif untuk membantu para pemungut madu lebah ini agar dapat memasarkan produk mereka agar lebih terjamin kualitinya serta pembungkusan yang lebih menarik perhatian pengguna. Pihak YDSM telah bersetuju untuk membekalkan peralatan membotol madu lebah yang lebih berkesan serta canggih bagi memastikan produk madu lebah yang dibotolkan nanti akan lebih terjamin kualiti serta boleh dipasarkan di pasaran yang lebih meluas.
Bagi memastikan pihak YDSM dapat menghulurkan bantuan melalui sumbangan mesin dan peralatan membotolkan madu lebah ini, sebuah koperasi akan diwujudkan agar sumbangan ini akan dapat digunakan oleh para pemungut madu lebah di sekitar kawasan yang dinyatakan. Penubuhan koperasi juga amat perlu bagi memastikan kelancaran serta keberkesanan dalam proses pengurusan membotolkan madu lebah ini. Penubuhan koperasi ini juga akan dapat memastikan kebajikan setiap ahli akan lebih terjaga serta terjamin di masa akan datang.
|
|
|