Utama  |   English  |   Peta Laman  |   Hubungi kami  |  
 
Senarai Projek
 
 
  PROJEK

Books Research & Publish

Latar belakang projek Aktiviti
 
  Di bawah projek ini, empat(4) buah buku akan diterbitkan oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan. Satu daripadanya dijangka akan diterbitkan pada bulan Julai 2008, sempena 300 tahun pemerintahan Kesultanan Melayu Terengganu.

  1. Digarhayu Tuanku: Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008
    Buku ini akan dikarang bersama oleh Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud dari Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM dan Encik Muhamed Anwar Omar Din, Pusat Pengajian Bahasa Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu.

  2. Warisan Seni Bina Melayu Terengganu
    Pengarang buku ini ialah Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah, Pengarah Muzium Negeri Terengganu.

  3. Adat Istiadat Kesultanan Terengganu
    Pengarang buku ini ialah Prof. Abdullah Ghazali bin Zakaria dari Jabatan sejarah Universiti Malaya.

  4. Inventori Khazanah Istana Terengganu
    Buku ini disusun oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah, Pengarah Muzium Negeri Terengganu.


Objektif projek ini adalah seperti yang berikut:

  • Mendokumentasikan sejarah kesultanan Terengganu sejak zaman permulaan hingga ke zaman moden dengan tujuan untuk memperlihatkan peranan Kesultanan Terengganu dari aspek pemerintahan dan pentadbiran negeri,
  • Mendokumentasikan khazanah warisan seni bina Melayu agar dapat diketahui oleh generasi masa kini,
  • Mendokumentasikan adat istiadat warisan negeri yang diamalkan suatu ketika dahulu sehingga ke zaman moden ini agar dapat dijadikan rujukan oleh para penyelidik, pengkaji serta peminat adat istiadat zaman silam,
  • Mendokumentasikan koleksi inventori yang pernah menjadi koleksi Kesultanan Terengganu dari zaman dahulu hingga sekarang agar barang-barang tersebut tidak hilang tetapi terpelihara.
    Projek penulisan dan penerbitan buku ini telah dirancang sebaik sahaja Yayasan ini ditubuhkan dan diluluskan pendaftaran. Projek ini diketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Prof. Dr. Abdul Rahman bin Haji Embong, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.


Penerbitan keempat-empat buah buku yang menelan kos sebanyak RM1,236,000.00 ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Terengganu.

Buku-buku yang dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini akan dilancarkan dalam bulan Oktober, 2008, iaitu sempena 300 tahun pemerintahan Kesultanan Melayu Terengganu.

 




 
 
Hak Cipta Terpelihara YDSM@2007