Utama  |   English  |   Peta Laman  |   Hubungi kami  |  
 
Latar belakang
Pengasas
Sejarah Penubuhan
Matlamat
 
 
  SEJARAH PENUBUHAN

Duli Yang Maha Mulia Al Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Terengganu Darul Iman dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Nur Zahirah Permaisuri Terengganu pada bulan Jun 2004 telah melahirkan idea supaya sebuah badan amal berbentuk yayasan ditubuhkan. Badan amal ini hendaklah berkekalan, insyaAllah, dan diterajui sendiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan yang memerintah Negeri Terengganu Darul Iman pada ketika pemerintahan mana-mana Baginda. Tujuan utama badan ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan mutu kehidupan rakyat Terengganu khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al Sultan agar ilham dan idea Baginda direalisasikan, satu pasukan kerja seramai enam (6) orang ahli dan dua (2) orang pegawai yang diketuai oleh Y.B. Dato Senara Muda telah dibentuk setelah mendapat limpah perkenan dan restu DYMM Al Sultan. Lain-lain ahli terdiri daripada :

(i) Y. Bhg. Dato Mokhtar bin Ngah

(ii) Y.Bhg. Dato Dr. Salleh bin Mohd Nor

(iii) Y. Bhg. Dato Mohd Fadzli bin Yusof

(iv) Y. Bhg. Dato Prof. Abdul Rahman bin Embong

(v) Y. Bhg. Dato Prof. Dr. Makhdzir bin Mardan

sementara dua (2) orang pegawai iaitu Y.M. Tengku Mohd Nordin bin Tengku Musa sebagai setiausaha dan Y.Bhg. Encik Azri Sani sebagai pegawai undang-undang.

Kumpulan Kerja telah memulakan tugasnya dengan serta merta dengan penyediaan kertas kerja asas tentang penubuhan sebuah badan amal yang disediakan oleh Y.B. Dato Senara Muda. Mesyuarat pertama kumpulan kerja telah diadakan pada hari Selasa 10 Ogos 2004 bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, Takaful Malaysia, Kuala Lumpur. Berpandukan kepada kertas kerja asas yang disediakan, kumpulan kerja telah berbincang, berbahas, mengupas dan meneliti tentang penubuhan badan amal ini dari segi bentuknya, tujuan, matlamat, dasar, strategi, peranan, pengurusan, perundangan, kewangan dan lain-lain lagi termasuklah nama yang akan diberi.

Sebanyak lapan (8) kali mesyuarat telah diadakan oleh kumpulan kerja. Pada mesyuarat peringkat awalnya perbincangan dan perbahasan berkisar di atas perkara-perkara penting seperti bentuk badan amal yang hendak diwujudkan, tujuan, matlamat, dasar, strategi, peranan, pengurusan, kewangan dan lain-lain lagi. Setelah perkara-perkara ini dapat dirangka secara unanimous oleh kumpulan kerja maka di peringkat kedua “Memorandum and Articles of Association” pula disediakan. Badan amal yang dicadangkan adalah berbentuk sebagai sebuah Yayasan. Memorandum and Articles of Association yang dirangka bersesuaian sebagai sebuah Yayasan oleh Encik Azri Sani bin Dato Mazlan. Sekali lagi kumpulan kerja telah meneliti dan megupas, mengulas dan memperbaiki rang Memorandum and Articles of Association ini. Akhirnya, Memorandum and Articles of Association ini telah dipersetujui oleh kumpulan kerja untuk diangkat bagi limpah perkenan DYMM Tuanku Al Sultan. Beberapa nama telah dicadangkan bagi yayasan ini.

Di antaranya adalah Yayasan Sultan Terengganu, Yayasan DiRaja Terengganu, Yayasan Darul Iman dan Yayasan DiRaja Sultan Mizan. Selepas berbincang panjang lebar, nama Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah diperakukan oleh kumpulan kerja untuk mendapat limpah perkenan DYMM Tuanku Al Sultan sebagai mengenang ilham dan idea yang dicetuskan oleh DYMM Tuanku sendiri.

Nama Yayasan DiRaja Sultan Mizan bersekali dengan rangka “Memorandum and Articles of Association”nya telah dipersembahkan kepada kebawah DYMM Tuanku Al Sultan pada ______ Januari 2005. Setelah meneliti persembahan cadangan kumpulan kerja ini dan menitah beberapa pindaan dibuat, maka pada _____ Februari 2005 DYMM Al Sultan telah berkenan merestui pehubuhan Yayasan DiRaja Sultan Mizan dengan cadangan “Memorandum and Articles of Association”nya.

Dalam bulan Februari 2005 permohonan untuk menubuhkan Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah diangkat kepada Y.B. Menteri Perdangan Dalam Negeri, Y.B. Menteri Kewangan dan Pesurujaya Syarikat. Setelah beberapa persoalan dan perubahan yang dikemukakan oleh pihak-pihak tersebut di atas dijawab dan dipinda maka, Alhamdulliah, Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah diperbadankan pada 11 Mei 2005. Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat yang dijamin dengan syer.

Fizikal Penduduk Tenaga Kerja Pendidikan KDNK
Struktur Fizikal Negeri Terengganu Darul Iman
Struktur keluasan Negeri Terengganu Darul Iman dapat dikategorikan seperti yang berikut:
KategoriKeluasan
Pantai dan pulau1,296 juta hektar
Tanah pertanian0.332 juta hektar
Bangunan0.078 juta hektar
Perindustrian0.006 juta hektar
Tanah rizab hutan0.557juta hektar
Kategori lain0.323 juta hektar
 




 
 
Hak Cipta Terpelihara YDSM@2007